Saturday, September 11, 2010

Friday, May 8, 2009

SERAM...Pemancing Diganggu Hantu (Kisah Benar)

Di sini dipaparkan satu kisah benar tentang gangguan makhluk terhadap pengail yang memancing tanpa mengenal waktu. Begitulah yang diceritakan oleh kawan kepada kawan saya. Kalau bohong kawan kepada kawan saya, maka bohonglah saya...

Kisah terjadi di muara sungai Tuaran. Saya sendiri pernah memancing di sini tetapi hasilnya hanyalah seekor belukang. Tetapi menurut kawan kepada kawan saya, sesekali jika air cantik, berbondong-bondong ikan gelama atau ikan putih masuk ke muara dan pengail yang bertuah akan dapat menaikkan berpuluh-puluh ikan yang datang secara bermusim itu. Dan kejadian usikan yang akan saya ceritakan ini berlaku semasa air cantik sehingga ikan yang dipancing sungguh banyak sekali. Saya sengaja tidak mahu mendedahkan identiti pemancing kerana tidak mahu orang yang terlibat merasa malu.

Pemancing A telah bertandang ke muara Tuaran dengan berbekalkan udang hidup dan sedikit ikan basung sebagai umpan. Sejak memulakan pancingan pada jam 4.00 petang, tiada sebarang ikan mencuit umpan buat 2 jam pertama. Apabila hari semakin gelap, sekonyong-konyong satu sambaran yang kuat hampir menarik joran kesayangannya ke dalam sungai. Selepas bertarung hampir 7 minit, ikan putih anggaran 1.5 kilogram dinaikkan. Lontaran kali kedua bersambut dengan kadar segera dan ikan anggaran sebaya dinaikkan, kali ini perlawanan lebih singkat selepas drag diketatkan. Sambaran demi sambaran menyebabkan Pemancing A leka dan selepas umpan habis, jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sekonyong-konyong, semacam bau harum semerbak menusuk hidungnya. Tiba-tiba sahaja bulu romanya berdiri. Cepat sahaja dia mengemas barang-barang dan barulah dia menyedari, dia sedang keseorangan memancing di sebuah muara sungai yang sunyi.

Dalam perjalanan menuju ke motosikal cup, bau harum menjadi semakin kuat. Mulut kumat-kamit membaca sesuatu. Berseorangan memancing di lubuk sunyi bukan menjadi satu perkara asing buat pemancing A. Namun kali ini suasananya cukup berlainan. Bulu roma terus tegak berdiri walaupun dia menguatkan bacaan ayat-ayat suci sebagai penguat semangat. Sebaik engin motor dihidupkan, dia memecut dengan tergesa-gesa meninggalkan muara sungai dengan berbekalkan 10 ekor ikan putih berbagai saiz.

Tiba-tiba...di suatu selekoh, dia terlihat kelibat manusia. "Ahh...bagus juga ada orang...sekurang-kurangnya ada orang yang menemani menghadapi suasana sunyi dan gelap", bisik hatinya. Apabila menghampiri lembaga itu, Pemancing A terpaksa memberhentikan motosikalnya kerana rupa-rupanya seorang gadis yang sangat cantik berbaju putih rambu-ramba telah melambaikan tangan ke arahnya. Bagai terpukau dengan kecantikan gadis itu, mata Pemancing A tidak berkedip langsung. Sayup-sayup sahaja suara gadis itu menerobos gegendang telinganya.."Bang, boleh tumpang bang? Rumah saya tak jauh dari sini, dekat hujung simpang depan tu aje..". Segala-galanya berlaku begitu pantas. Tidak lama selepas itu, Pemancing A membayangkan sedang memboncengkan seorang gadis cantik berbaju putih dengan haruman menawan ke simpang yang dimaksudkan.

Sesampai di simpang yang dimaksudkan oleh gadis itu, yang kebetulan tidak berapa jauh dari tempat gadis itu mula menaiki motosikalnya, Pemancing A memperlahankan motor. Matanya meninjau ke sekeliling simpang dan terpandang batu nesan berceracak berkilat-kilat disinari bulan purnama. Serentak dengan itu, dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada sesiapa membonceng di belakang motornya. Bagaikan menghadapi satu trauma maha hebat, dia memecut meninggalkan simpang misteri itu...

Kejadian Pemancing A disakat gadis cantik di simpang kuburan tersebar luas di kalangan kaki pemancing. Muara Sg. Tuaran tidak lagi didatangi pemancing buat satu jangka masa yang lama. Tetapi dua bulan selepas kejadian itu, muncul seorang pemancing yang baru sahaja bertukar ke daerah Tuaran dari semenanjung. Akibat ketagih memancing, tanpa usul periksa, Pemancing B telah memancing di muara berpenunggu itu berseorangan sahaja. Kebetulan pula musim ikan gelama sedang masuk muara. Sejak jam 5.00 petang, tidak menang tangan dia melayan dua batang joran. Semakin menghampiri maghrib, semakin rancak ikan mematuk umpan. Akhirnya Pemancing B kehabisan umpan dan mula meninggalkan muara Tuaran pada jam 12.30 tengah malam.

Kejadian yang dialami oleh Pemancing A berulang semula. Seorang gadis berbaju serba putih dengan wangian semerbak telah melambaikan tangan untuk menumpang motornya. Pemancing B yang tidak pernah mendengar gangguan hantu sebelum ini telah dengan senang hati menumpangkan seorang gadis yang tersangat cantik pada pandangan matanya.

Sesampai di simpang kuburan, Pemancing B memberhentikan motor. Gadis cantik itu memberi sebuah senyuman yang cukup manis. Sambil mengucapkan terima kasih, si gadis berkata... "Abang bagus.. Dulu saya cuba menumpang motor pemancing macam abang...TETAPI,...BELUM SAYA NAIK, SUDAH DIA JALAN!".

Sunday, March 22, 2009

MEMORANDUM GMP KEPADA YDP AGONG

Gerakan Mansuh PPSMI

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:


1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.


Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.


Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.


2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?


Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?


3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?


4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!


Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.


5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.
Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.


6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.


Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.


Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.


7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.


Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.


Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.


Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.


8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.


9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.


10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].


HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.
Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.


12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.


APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?
13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).


Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.


GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.


Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.


15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.
Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.


16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.


Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.


17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.
Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.


Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.


Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah.

Sunday, February 1, 2009

CANCEROUS FOODS / PRODUCTS

INSTANT NOODLES

Instant noodle lovers,
Make sure you break for at least 3 days after one session of instant noodles before you eat your next packet! Please read the info shared to me by a doctor. My family stopped eating instant noodles more than 5 years ago after hearing about the wax coating the noodles - the wax is not just in the Styrofoam containers but it coats the noodles. This is why the instant noodles do not stick to each other when cooking.

If one were to examine the ordinary Chinese yellow noodles in the market, one will notice that, in their uncooked state the noodles are oily. This layer of oil prevents the noodles from sticking together.

Wanton noodles in their uncooked state have been dusted with flour to prevent them sticking together. When the hawker cooks the noodles, notice he cooks them in hot water and then rinses them in cold water before cooking them in hot water again. This process is repeated several times before the noodles are ready to be served. The cooking and rinsing process prevents noodles from sticking together.

The hawker then 'lowers the noodles in oil and sauce to prevent the noodles from sticking if they are to be served dry. Cooking instructions for spaghetti require oil or butter to be added in the water when boiling the spaghetti to prevent the pasta from sticking together. Otherwise, one gets a big clump of spaghetti!

There was an SBC (now TCS) actor some years ago, who at a busy time of his career had no time to cook, resorted to eating instant noodles everyday. He got cancer later on. His doctor told him about the wax in instant noodles. The doctor told him that our body will need up to 2 days to clear the wax. There was also an SIA steward who after moving out from his mother's house into his own house, did not cook but ate instant noodles almost every meal. He had cancer, and has since died from it. Nowadays the instant noodles are referred as ' cancer noodles '.
SATAY LOVERS (BARBECUE)

If you all eat Satay, don't ever forget to eat the cucumber, because eating Satay together with carbon after barbequing can cause cancer.
But we have a cure for that... Cucumber should be eaten after we eat the Satay because Satay has carcinogen (a cancer causing element) but cucumber is anti-carcinogenic. So don't forget to eat the cucumber the next time you have Satay's.

PRAWNS (SUGPO) & VIT C

DO NOT eat shrimp / prawn if you have just taken VITAMIN C pills!!
This will cause you to DIE in ARSENIC (As) toxication within HOURS!!

PORK AWARENESS

Try this and see whether the pork you bought has worms. There goes with your 'Bak Kut Teh' for those who love it. Most men love to eat this so watch out before it's too late. If you pours Coke (yes, the soda) on a slab of pork, wait a little while, you will SEE WORMS crawl out of it. A message from the Health Corporation of Singapore about the bad effects of pork consumption. Pig's bodies contain MANY TOXINS, WORM and LATENT DISEASES.

Although some of these infestations are harboured in other animals, modern veterinarians say that pigs are far MORE PREDISPOSED to these illnesses than other animals. This could be because PIGS like to SCAVENGE and will eat ANY kind of food, INCLUDING dead insects, worms, rotting carcasses, excreta including their own, garbage, and other pigs. INFLUENZA (flu) is one of the MOST famous illnesses which pigs share with humans. This illness is harboured in the LUNGS of pigs during the summer months and tends to affect pigs and human in the cooler months.

Sausage contains bits of pigs' lungs, so those who EAT pork sausage tend to SUFFER MORE during EPIDEMICS of INFLUENZA. Pig meat contains EXCESSIVE quantities of HISTAMINE and IMIDAZOLE compounds, which can lead to ITCHING and INFLAMMATION; GROWTH HORMONE which PROMOTES INFLAMMATION and growth; sulphur containing mesenchymal mucus which leads to SWELLING and deposits of MUCUS in tendons and cartilage, resulting in ATHRITIS, RHEUMATISM, etc.
Sulphur helps cause FIRM human tendons and ligaments to be replaced by the pig's soft mesenchymal tissues, and degeneration of human cartilage.

Eating pork can also lead to GALLSTONES and OBESITY, probably due to its HIGH CHOLESTEROL and SATURATED FAT content. The pig is the MAIN CARRIER of the TAENIE SOLIUM WORM, which is found in its flesh. These tapeworms are found in human intestines with greater frequency in nations where pigs are eaten. This type of tapeworm can pass through the intestines and affect many other organs, and is incurable once it reaches beyond a certain stage. One in six people in the US and Canada has RICHINOSIS from eating trichina worms, which are found in pork.

Many people have NO SYMPTOMS to warm them of this, and when they do, they resemble symptoms of many other illnesses. These worms are NOT noticed during meat inspections.

SHAMPOO

Cancer-causing substance in shampoos. Go home and check your shampoo. Change before it's too late... Check the ingredients listed on your shampoo bottle, and see they have a substance by the name of Sodium Laureth Sulfate, or simply SLS. This substance is found in most shampoos; manufacturers use it because it produces a lot of foam and it is cheap. BUT the fact is, SLS is used to scrub garage floors, and it is very strong!!! It is also proven that it can cause cancer in the long run, and this is no joke. Shampoos that contains SLS: Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, the new Hemp Shampoo from Body Shop etc. contain this substance.

The first ingredient listed (which means it is the single most prevalent ingredient) in Clairol's Herbal Essences is Sodium Laureth Sulfate. Therefore, I called one company, and I told them their product contains a substance that will cause people to have cancer. They said, Yeah we knew about it but there is nothing we can do about it because we need that substance to produce foam. By the way Colgate toothpaste also contains the same substance to produce the 'bubbles'. They said they are going to send me some information.

Research has shown that in the 1980s, the chance of getting cancer is 1 out of 8000 and now, in the 1990s, the chances of getting cancer is 1 out of 3, which is very serious. Therefore, I hope that you will take this seriously and pass this on to all the people you know, and hopefully, we can stop 'giving' ourselves cancer-causing agents.

Saturday, January 31, 2009

LEWAT SEBULAN...



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii??
nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

Friday, January 30, 2009

DATO’ BAHA ZAIN PERSOAL POLA FIKIR TUN DR. MAHATHIR

ULASAN TERHADAP PENJELASAN MAHATHIR Tentang SAINS dan MATEMATIK Dalam BAHASA INGGERIS
Oleh: Dato’ Baha Zain
Tun Dr Mahathir telah menulis tentang, “Mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,” dalam blognya, chedet.com, pada 10 Ogos, 2008. Tulisannya panjang juga, merangkumi 22 perenggan, bagi menjelaskan kenapa beliau memutuskan supaya sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Sangatlah penting beliau memperjelaskan dirinya kerana isu kebahasaan dan pendidikan ini bukan isu kecil, dan keputusan Tun Mahathir mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri adalah suatu keputusan yang membawa kesan sejarah yang buruk terhadap:
a. Kedudukan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu;
b. Pendidikan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah; dan
c. Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaran globalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral, kebebasan dan kapitalisme Barat.
Kesediaan Tun mengaku bertanggungjawab dalam keputusan ini sangat dipuji kerana sebagai bekas Perdana Menteri beliau mesti berani dan jujur mengakui tindakannya sama ada baik atau buruk akibatnya. Sikap ini tidak ternampak pada ramai bawahannya dahulu yang terang-terang menyuarakan sokongannya terhadap Tun dalam tindakan menggantikan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Sekarang mereka bungkam seolah-olah menyorokkan muka kerana Tun tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam kerajaan.
Oleh sebab saya antara yang tersangat tidak setuju dengan keputusan Tun, dan telah banyak kali mengkritik beliau dengan keras, saya berminat mengulas keterangannya tentang topik ini.
Setelah membacanya saya menjadi bertambah yakin bahawa kritikan saya terhadapnya sebelum ini tidak meleset kerana apa yang diterangkannya kali ini tidak juga memberikan alasan-alasan serta hujah yang baik dan meyakinkan bagi mengubah penentangan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar wajib dalam sains dan matematik di sekolah.
Adalah penting dalam soal kebudayaan dan tamadun bangsa, kita tidak berfikiran taksub, memutar belitkan alasan dan hujah, tetapi berusaha mencari pencerahan fikiran, terutama apabila menginsafi bahawa Bahasa Melayu bukan hak milik seorang pemimpin, seorang individu ataupun sekumpulan elit politik, tetapi warisan kolektif suatu bangsa.
2.
Tun terang-terang “mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.” Pengakuan ini bolehlah ditafsirkan bahawa Tun sendiri mengambil inisiatif dan mengarahkan supaya mata pelajaran itu tidak lagi diajar melalui Bahasa Melayu. Oleh sebab itu ia bukan berpunca daripada Menteri Pendidikan pada waktu itu. Ia adalah arahan eksekutif daripada PM.
Apakah perkara ini telah dibincang dengan teliti, diperhalusi daripada segala segi, dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Majlis Tertinggi UMNO ataupun Kabinet tidaklah jelas pada orang ramai kerana ia dilakukan secara mendadak pada 2003.
Keputusan Tun ini kemudiannya disokong oleh sejumlah Menteri UMNO, profesional dan peniaga tertentu yang antaranya mungkin melibatkan diri dalam pendidikan swasta yang lebih bertujuan mengaut keuntungan daripada pendidikan.
Mereka melihat potensi besar perniagaan melalui pelajar-pelajar seberang laut dari Indonesia, China dan negara-negara lain yang membayar yuran pendidikan yang lumayan kepada kolej dan universiti masing-masing yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab itu seluruh sistem pendidikan negara ini disokong supaya menggunakan bahasa Inggeris bagi menjadikan negara sebagai pusat pendidikan untuk pelajar termasuk dari negara luar.
Selain daripada itu ribuan juta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran bagi membekalkan dan menyelenggarakan perkakasan dan perisian komputer, buku teks baru dalam bahasa Inggeris dan bahan-bahan pembelajaran lain. Pihak-pihak yang menyokong keputusan ini tidak semuanya menyokong kerana kepentingan pendidikan, tetapi keuntungan perdagangan. Ramai juga yang menyokong kerana sudah mesra dengan bahasa Inggeris ataupun memang tidak suka terhadap pengaruh Bahasa Melayu.
Satu penyelidikan harus dilakukan berapa bilion ringgit telah dibelanjakan bagi membeli komputer, perisian, buku teks, buku panduan mengajar bagi guru, dan peralatan lain bagi menggantikan bahan pendidikan lama; dan pihak mana yang terbabit di dalamnya.
Tentang kebimbangan Tun Mahathir bahawa ramai yang menuduh Tun tidak bersemangat kebangsaan Melayu tidaklah penting sangat dibahaskan di sini walaupun aneh bagi seseorang pemimpin yang bersemangat kebangsaan (seperti beliau) tidak pula mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kebangsaan di negaranya.
Sikap seperti ini, iaitu mencabut kedudukan dan fungsi Bahasa Kebangsaan yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan negara, daripada pendidikan sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah, tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana Presiden ataupun PM di negara-negara maju (seperti Jepun, Korea, Jerman, Russia, dan Perancis).
Apa yang penting dibahaskan adalah tindakan memberhentikan penggunaan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik memang jelas tidak mengutamakan Bahasa Melayu. Ini suatu tindakan yang bercanggah dengan apa yang Tun Mahathir pernah ucapkan sebelum berjawatan PM iaitu bagi menjadikan BM sebagai bahasa pengantar utama di universiti.
Sayangnya apabila beliau sudah berada di puncak kekuasaan, BM itu sudah tidak penting atau berguna lagi, seolah-olah perjuangan BM itu sebagai suatu alat sahaja bagi memenangi hati orang Melayu, terutama pengikut parti, bagi tujuan naik ke atas ataupun mendapat kekuasaan.
3.
Tun Mahathir ingin membuat penjelasan sebelum beliau dihukum. Dalam isu ini nampaknya Tun tidak perlu bimbang akan apa-apa hukuman dari segi politik atau undang-undang kerana Tun sudah tidak lagi memerlukan suara pengundi ahli parti atau rakyat.
Hanya masyarakat pejuang Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Kebangsaan, dan sejarah tamadun bangsa sajalah yang sedang dan terus menghukum tindakannya. Kerosakan yang dilakukan terhadap peranan dan fungsi bahasa secara terancang melalui dasar kerajaan mengakibatkan kesan buruk yang panjang dan mungkin sulit untuk dipulihkan, terutama apabila ia sengaja disaingkan dengan bahasa global, bahasa Inggeris yang disokong oleh kekuatan ekonomi, teknologi komunikasi dan maklumat, serta budaya popular yang komersial.
Tindakan ini boleh diistilahkan sebagai pembunuhan bahasa (linguicide), iaitu usaha menjerut bahasa sendiri secara sengaja.
4.
Mengutip kata-kata Tun: “Pendapat saya adalah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus mengutamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja…”.
Ini adalah suatu tuduhan yang sangat tidak berasas, liar, dan hanya ada dalam imaginasi Tun sendiri. Alangkah baiknya jikalau dapat ditunjukkan bukti siapa dan berapa ramai yang hanya mengutamakan “penguasaan bahasa ibunda sahaja,” dan menolak bahasa Inggeris.
Menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik bagi menggantikan Bahasa Melayu, bukan bererti menolak bahasa Inggeris sama sekali, dan mengutamakan bahasa ibunda sahaja.
Apa yang ditolak adalah tindakan menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan digantikan dengan Bahasa Inggeris dalam mengajarkan sains dan matematik di sekolah. Itu inti persoalannya.
Oleh sebab itu jangan dikelirukan antara soal bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik.
Pendapat yang keliru ini sebenarnya bukan diucapkan oleh Tun seorang. Ada beberapa tokoh lain juga pernah berkhayal seperti ini. Malahan seorang Anglophile sampai menuduh mereka yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai linguistic chauvinist yang sempit, dalam rencananya pada sebuah akhbar Inggeris. Kenyataan ini tidak benar; dan adalah fitnah yang tidak jelas apa niat atau tujuan di sebaliknya.
Cukup ganjil orang yang berpendidikan tinggi, daripada Universiti Oxford misalnya dan dianggap konon sebagai orang bijak pandai, boleh berfikir tanpa bukti, dan dipengaruhi kuat oleh sentimen peribadi serta tujuan menyokong PM yang berkuasa.
Ini adalah contoh bahawa kelulusan tinggi dan ilmu saja tidak cukup jikalau ilmu tidak dibarengi dengan niat jujur, adab dan etika perbahasan yang baik. Dalam masyarakat kita contoh-contoh orang yang berkelulusan tinggi, berkuasa dan yang dianggap berilmu, tetapi tidak berakhlak, rasuah, dan berkhianat terhadap kebudayaan dan bangsa tidaklah susah untuk dikenali.
5.
Tentang kenyataan Tun bahawa kita harus setanding, duduk atau berdiri, dengan bangsa-bangsa maju di dunia semua kita setuju dan menyokongnya. Juga kita tidak membantah apabila Tun berkata: “Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing…”.
Tidak ada sesiapa yang siuman yang mencadangkan bangsanya harus berada dalam keadaan malang ini. Memang kita patut menggalakkan setiap orang berpengetahuan tinggi, berdaya saing dan seboleh-bolehnya menguasai sekurang-kurangnya dua tiga bahasa.
Untuk orang Melayu Islam adalah sangat penting mereka menguasai bahasa ibundanya, Bahasa Melayu (malu jikalau tidak pandai menulis dalam bahasa sendiri dengan canggih, berisi dan indah), dan kemudian dua bahasa lain, Inggeris atau Arab, dan bukan Inggeris sahaja.
Masyarakat kita sudah tiba pada suatu peringkat perkembangan fikiran yang menerima kepentingan pluralinguisme, iaitu mengetahui banyak bahasa adalah sesuatu yang normal seperti mengenal banyak bangsa di dunia ini.
Globalisasi sedang menipiskan sempadan-sempadan negara dan mempermudah lalu lintas modal, unsur-unsur bahasa dan budaya, maklumat, ilmu dan teknologi. Dalam waktu sama globalisasi juga sedang mengancam kesinambungan nilai-nilai budaya dan agama negara membangun.
Tegasnya, dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa asing kita mesti berwaspada agar bahasa kita yang menjadi wadah nilai-nilai murni, dan menjadi wahana pembentukan rohani , fikiran, etika dan pandangan dunia atau tasawur tidak terkucil ke tepi dan dikuasai oleh nilai-nilai negatif yang dibawa oleh bahasa asing.
6.
Tentang sabda Nabi: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina”, walaupun Nabi tidak mengembara ke sana, baginda tahu akan kekayaan peradaban Cina dalam aneka dialeknya, tetapi tidaklah pula baginda sampai menyuruh umatnya meminggirkan bahasa sendiri atau bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran dan bahasa ilmu.
Ilmu yang dituntut dari Cina itu tentulah bagi memperhebat kehidupan Islam, dan memperkaya bahasa-bahasa orang Islam dengan ilmu pengetahuan kerana bahasa itu menjadi pengantar pendidikan, wahana dakwah serta alat perhubungan harian setiap masyarakat.
Justeru itu bahasa orang Islam harus diperkaya dengan memperluas konsep ilmu, dan menambah istilahnya melalui terjemahan dan penyesuaian selain daripada usaha penyelidikan tempatan bagi mengisinya dengan dapatan-dapatan baru.
Orang Islam itu berbangsa-bangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan dan kebudayaannya sendiri. Perbezaan bahasa, kebudayaan, persekitaran alam dan flora faunanya, imaginasi dan warisannya adalah kekayaan yang boleh dikongsi manfaatnya.
Kebijaksanaan sabda Nabi itu harus juga ditafsirkan, tuntutlah ilmu di mana-mana saja walaupun jauh ke Timur atau Barat, atau di kalangan umat Islam sendiri supaya penganut Islam tidak menjadi taksub dan sempit dengan satu-satu bahasa atau orientasi sahaja.
7.
Pada perenggan 5, 6, 7, 8 dan 9 Tun mengingatkan kita bagaimana orang Arab menterjemah sains, matematik dan falsafah daripada Yunani. Kemudian bangsa-bangsa Islam menjadi hebat dalam pelbagai disiplin ilmu sedangkan orang Eropah masih berada dalam kegelapan sampailah orang Eropah belajar bahasa-bahasa Arab bagi menimba ilmu yang terkandung di dalamnya.
Di sinilah kita patut belajar daripada sejarah tamadun Islam dan Eropah bagaimana peranan bahasa sesuatu bangsa itu sangat penting bagi membangunkan kegemilangan penduduknya baik melalui terjemahan mahupun melalui penyelidikan perpustakaan atau makmal di dalam bahasanya sendiri. Oleh sebab itu mempelajari bahasa-bahasa negara yang maju menjadi kunci kejayaan bagi mana-mana negara pun termasuk Malaysia.
Seperti masyarakat Arab Islam dahulu menterjemah daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab, dan kemudian menyebarkan ilmu melalui bahasanya sendiri (Arab), begitulah juga yang patut kita contohi. Mereka tidak mengerah jutaan orang Arab belajar bahasa Yunani bagi menjadi berilmu. Mereka tidak mengajar dan menyebarkan ilmu dengan menggunakan bahasa Yunani, Latin atau bahasa asing lain, tetapi bahasa Arab.
Tentang peristiwa sejarah ini sudah sangat diketahui oleh ramai, dan kepentingan menguasai bahasa orang dan memindahkan ilmunya melalui terjemahan adalah suatu truism atau hakikat yang tidak perlu diperjelaskan panjang lebar.
Berdasarkan pengertian ini kita patut menggalakkan kumpulan-kumpulan tertentu seperti mahasiswa, profesional, pensyarah, ilmuwan dan cendekiawan belajar menguasai bahasa-bahasa ilmu asing. Ada yang mahir bahasa Perancis, ada yang pintar bahasa Sepanyol, dan ada yang menguasai Mandarin, Russia, Jepun, Arab, atau Jerman bagi mengkaji ilmu, teknologi dan falsafah yang beraneka jenis dalam tamadun dunia.
Bukan semua 26 juta rakyat Malaysia harus mahir (membaca, menulis, menterjemah, berbahas) dalam bahasa Inggeris sahaja, tetapi jahil dalam bahasa antarabangsa lain, dan bebal dalam bahasa Melayu.
Orang yang sama-sama fasih dalam bahasa yang sama pun tidak mesti dapat memahami artikel jurnal ilmiah dalam disiplin ilmu yang khas jikalau mereka berlainan keahlian. Stail penulisan ilmiah dengan istilah-istilah teknik yang khusus yang digunakan oleh ahli sains nuklear dalam Bahasa Inggeris tidak mungkin difahami oleh seorang Profesor sejarah yang sama-sama pandai berbahasa Inggeris.
Oleh sebab itu, jikalau kita bercakap tentang menguasai ilmu untuk setanding dengan negara-negara maju serta besar, dengan menguasai bahasa Inggeris sahaja, bukanlah satu penyelesaian sempurna yang berpandangan jauh. Jawapannya adalah harus ada kelompok-kelompok ahli tertentu yang menguasai pelbagai bahasa antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu (teknologi, diplomasi, perdagangan, tentera, perisikan, perundangan dan lain-lain) sebagaimana angkasawan dan kelompok tentera udara kita yang menjadi pilot serta petugas teknikal kapal terbang yang dibeli dari Rusia telah diajar bahasa Rusia sebelum berlatih di sana.
Apabila kita ada banyak kelompok dan ramai yang mahir secara fungsional dalam pelbagai bahasa tidaklah kita sangat tergantung kepada sumber ilmu daripada satu-satu bahasa sahaja, Inggeris atau Melayu. Oleh sebab itu masyarakat dapat mencapai langsung ilmu kesihatan, perubatan, pertanian, elektronik, persenjataan atau teknologi angkasa lepas terus daripada Amerika Latin, Eropah Barat atau Timur, Rusia, Cina, Korea dan Jepun.
Bahan terjemahan Inggeris berapa banyak pun jumlah bukunya tidak mungkin memindahkan setiap metafora, konsep, makna dan ilmu yang tersirat dalam beraneka sumber asal. Oleh sebab itu lebih baik jikalau ada orang kita yang khas menterjemahkan langsung ke dalam makna bahasa kita daripada bahasa asal Perancis, Jerman dan Jepun misalnya.
Brazil yang mempunyai lebih 180 juta penduduk dan menggunakan bahasa Portugis, mempunyai pelbagai ilmu dalam jurnal serta kepustakaannya. Demikian juga negara-negara Amerika Latin yang menggunakan bahasa Sepanyol, kaya dengan pelbagai ilmu yang kita belum berpeluang memanfaatkannya kerana kita tidak menyediakan cukup penterjemah yang pakar serta mahir dalam bahasa Sepanyol. Kita dapat memperkaya ilmu dengan lebih banyak lagi jikalau kita menterjemah langsung daripada Portugis dan Sepanyol.
Tun Mahathir bertanya apakah tidak mungkin mengadakan sejumlah penterjemah bagi menterjemah ilmu daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan dengan itu orang Melayu tidak perlu belajar bahasa Inggeris. Dalam perenggan berikutnya (11), Tun sendiri menjawab bahawa tidak mungkin kerana ilmu sudah berkembang sangat pesat dan bukan seperti dahulu lagi.
Tidak ada sesiapa pun yang mencadangkan diadakan sekumpulan penterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk semua orang menguasai ilmu dalam Bahasa Melayu saja.
Tidak ada juga orang yang waras akan mencadangkan supaya kita menyediakan penterjemah bahasa Inggeris sahaja, dan meninggalkan langsung penguasaan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua atau ketiga, terutama bagi para pelajar universiti.
Selain itu bahasa Inggeris pun bukan jawapannya untuk segala ilmu. Ilmu harus ditimba daripada berbagai-bagai bahasa tamadun dunia.
Inggeris itu bukan maju dalam segala segi dan malah mundur dalam banyak hal juga berbanding negara-negara maju lain, bukan sahaja dalam beberapa bidang sains dan teknologi, tetapi juga dalam sains kemanusiaan (human sciences), agama dan falsafah.
Tentulah kita sangat pendek akal jikalau mahu menyediakan segelintir penterjemah bahasa Inggeris bagi menimba lautan ilmu ke dalam Bahasa Melayu.
Pada perenggan 12 dan 13 Tun telah memaparkan bahawa sains dan matematik serta banyak ilmu-ilmu lain berkembang dengan pesat serta hebat termasuk bagi menentukan pergerakan bintang, dan kapal angkasa dengan ditambahi lagi ilmu baru yang berasaskan kuasa elektrik, gerakan atom, sains nano dan pelbagai lainnya.
Kita semua bersetuju sains, teori dan teknologi tidak pernah berhenti dan memecut laju ke depan terutama di negara-negara kuasa besar dunia. Tidak mungkin diterjemahkan semua dan segala-galanya oleh segelintir penterjemah Melayu atau bukan Melayu.
Pandangan Tun ini seperti dalam perenggan 14 itu dikongsi oleh ramai orang termasuk ahli-ahli bahasa dan penterjemah profesional kerana bukan sahaja kemahiran bahasa asal dan bahasa sasaran harus dikuasai penterjemah, tetapi juga bidang ilmu berkaitan. Malah seorang novelis Inggeris tidak mungkin menterjemahkan puisi Inggeris meskipun mencintai persuratan kalau dia tidak berminat dan biasa dengan genre puisi. Apatah lagi jikalau beliau berada dalam bidang keahlian atau disiplin ilmu yang berlainan seperti fizik dan ekonomi.
Menginsafi keterbatasan penterjemahan bagi menyerap kemajuan ilmu seperti yang kita bincang di atas tidaklah pula bererti kita patut lupakan usaha terjemah-menterjemah.
Ilmu bukan sahaja ada pada sains dan matematik; dan bukan sains dan matematik sahaja yang diperlukan bagi kesejahteraan dan kecemerlangan hidup manusia. Bidang sejarah, agama, sains kemasyarakatan, undang-undang, ekonomi, akhlak, falsafah dan etika juga adalah perlu bagi membentuk tata pentadbiran, sistem perundangan, pemerintahan negara, kepimpinan, akal budi dan rohani insan. Jikalau tidak manusia akan hanya mementingkan kebendaan dan akal yang rasional apabila menilai taraf, keadilan, darjat dan kebajikan manusia, dunia dan akhirat.
Penterjemahan al-Quran, Hadis dan kitab-kitab besar misalnya sangat penting bagi umat Islam dan juga untuk yang bukan Islam bagi mengetahui dengan mendalam sejarah dan prinsip-prinsipnya jikalau tidak berdaya menguasai sepenuhnya bahasa Arab.
Oleh sebab itu untuk kekayaan ilmu pada masa depan, kita memerlukan institusi terjemahan yang besar, berwibawa dan cemerlang agar mampu menterjemah daripada dan kepada bahasa-bahasa antarabangsa supaya rakyat yang tidak mungkin menguasai banyak bahasa asing memperoleh jalan masuk kepada kebudayaan-kebudayaan dunia baik dalam bidang teknologi mahupun kulinari, landskap, seni bina, muzik, filem, perniagaan, pengurusan, ekonomi dan politik.
Sayangnya ada sebuah institusi terjemahan kerajaan (Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad), tetapi sejak tertubuh pada 1993 ia tidak dapat bergerak positif kerana boleh dikatakan tidak diberi perhatian langsung dan peruntukan yang cukup oleh kerajaan kecuali pada tahun-tahun akhir ini.
Kita sepatutnya menggaji dua atau tiga ratus tenaga penterjemah profesional, dan editor terjemahan dalam bahasa-bahasa Cina, Sepanyol, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Russia, Arab dan lain-lainnya bagi menterjemah langsung karya-karya besar dunia ke bahasa Melayu.
Sebagai sebuah institut atau akademi terjemahan faedahnya bukan sahaja menterjemah ilmu tetapi bersifat profesional dalam cara menyampaikan maklumat serta dapatan ilmu dalam bentuk-bentuk penerbitan cetak atau elektronik yang mesra pembaca, baik untuk ilmuwan atau petani biasa. Di sinilah letakkannya peranan institusi terjemahan, yakni menterjemah dan berkeahlian menyampaikan maklumat serta ilmu kepada rakyat berbagai-bagai lapisan sosial, atasan atau penduduk awam.
Tentulah juga badan ini sangat berguna bagi mempromosi imej dan kekayaan Malaysiana, flora serta fauna, dapatan penyelidikan dalam bidang getah asli, kelapa sawit, bioteknologi dan keseniannya, ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa supaya negara kita menjadi terpandang dan dihormati oleh dunia.
Malangnya pemimpin kita lebih mementingkan prasarana fizikal dan bangunan-bangunan yang megah (seperti Menara Berkembar dan Putrajaya), tetapi tidak pengisian seni, budaya, dan penerbitan saintifik dan intelektual secara besar-besaran supaya pembaca kita lebih berilmu, luas imaginasinya, inovatif fikirannya, halus jiwanya, baik akhlak dan akal budinya.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah dalam dekad-dekad yang lalu kita menghasilkan generasi gila seleberiti, profesional kutu malam di cafe, Mat Rempit di jalan raya, penagih dadah dan orang muda yang mabuk lepak serta hiburan kerana tidak berimbang pendidikan jasmani-rohani, material-mental dan sains-etik.
Setelah menghuraikan bahawa ilmu sedang berkembang cepat, dan ilmu penting untuk bersaing dengan negara-negara lain, dan penterjemahan sekarang tidak banyak membantu memajukan negara, maka dalam perenggan 16 Tun Mahathir memutuskan, “ …jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris..’.
Ada dua perkara penting yang terkandung dalam kenyataan ini, iaitu satu ilmu dan satu lagi bahasa Inggeris. Di sinilah Tun Mahathir keliru kerana menganggap dengan menguasai bahasa Inggeris semua ilmu dalam bahasa Inggeris itu boleh diakses.
Pertama tidak semua ilmu yang perlu untuk kita ada dalam bahasa Inggeris.
Kedua penguasaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidaklah semestinya membolehkan orang menjadi profisien dalam bahasa Inggeris sehingga boleh mengakses semua ilmu dalam bahasa Inggeris. Juga sains dan matematik bukan segala-galanya untuk keseluruhan kehidupan rohaniah, jasmaniah dan intelektual.
Memang betullah banyak sekali buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Inggeris seperti juga buku-buku dalam bahasa antarabangsa lain, tetapi bahasa Inggeris itu sahaja tidak mencukupi kerana ia adalah salah satu daripada bahasa antarabangsa yang membekalkan ilmu yang canggih serta moden. Oleh sebab itu ia bukanlah mutlak satu-satunya bahasa yang berisi semua ilmu pengetahuan.
Dengan kepercayaan kuat terhadap bahasa Inggeris itu Tun Mahathir membuat keputusan drastik mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2003 sedangkan bahasa pengantar BM sudah diamalkan sejak 30 tahun dengan jayanya.
Sekali lagi Tun Mahathir keliru dan bertindak tidak bijaksana kerana daripada segi pembelajaran dan pengajaran ilmu kepada pelajar-pelajar rendah dan menengah apakah yang lebih berkesan daripada mengajar anak-anak melalui bahasa yang difahamnya semula jadi sejak kecil, terutama bahasa ibundanya.
Bahasa ibundanyalah yang cepat menimbulkan kesedaran dan kecerdasan fikirannya bagi pembinaan intelek terutama pada peringkat awal persekolahan. Tidak ada bahasa lain yang boleh mengambil alih peranan penuh bahasa ibunda bagi menyempurnakan proses pembangunan emosi dan kognitif seseorang anak, sama seperti keunikan menyusu di tetek ibunya bagi pembesaran tubuh serta emosinya.
Pada peringkat awal persekolahan para guru tidak memerlukan istilah-istilah teknikal yang kompleks bagi mengajarkan konsep sains dan matematik. Ratusan ribu istilah asas dan pelbagai buku teks serta rujukan telah pula diterbitkan dalam Bahasa Melayu sejak awal 70-an bagi keperluan mengajar matematik dan sains hingga ke peringkat universiti.
Selain daripada itu melalui bahasa pengantar Bahasa Melayu negara kita telah menghasilkan ratusan ribu pakar sains, profesional , ilmuwan, penyelidik, pensyarah, profesor, cendekiawan, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berjaya membangunkan Malaysia sejak tahun 70-an.
Saya percaya Angkasawan Negara kita yang pertama itu pun telah melalui sistem pendidikan yang mengajarkan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu pada mulanya.
Ribuan pelajar yang tamat daripada sistem pendidikan kebangsaan telah pula berhasil mendapat ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran daripada universiti-universiti Australia, UK dan USA, termasuk daripada universiti ternama seperti Oxford, Cambridge, London School of Economics, Notthingham, UCLA, Harvard, Ann Arbor, Standford, Chicago dan Berkley.
Kebanyakan mereka ini belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu sewaktu di sekolah. Mereka mampu mengikuti kuliah, merujuk bahan ilmu, dan menulis tesis di universiti-universiti luar negara kerana mereka pernah belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu.
Oleh sebab itu persoalan yang sebenarnya bagi menguasai ilmu dan menjadikan orang kreatif dan berfikiran kritis bukanlah bahasa Inggeris, tetapi ilmu dan pendidikan itu sendiri. Bagi menyerapkan ilmu melalui bahasa Inggeris baik matematik, sains, undang-undang atau apa sahaja, perkuatkan sistem dan metode pengajaran serta pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri; dan bukan melalui pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik.
Tegasnya pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah yang harus dicemerlangkan dengan menyediakan guru-guru yang terlatih, kurikulum yang moden, metode yang betul, buku teks yang baik, kemudahan makmal bahasa, dan bahan-bahan bacaan perpustakaan yang lengkap. Cara inilah yang dilakukan di Eropah dan negara-negara maju yang lain. Itu pun mulai di sekolah menengah baru bahasa kedua diajar sebagai satu subjek, dan bukan melalui sains dan matematik.
Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris atau apa bahasa pun tentu lebih tepat dan berkesan dengan cara mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bersama dengan kesusasteraan Inggeris sebagai tambahan. Oleh sebab itu, telah berlaku kekacauan fikiran sehingga ke pelaksanaannya dalam Kementerian Pelajaran.
Apa yang berlaku selepas tahun 2003 adalah kemerosotan pendidikan mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah kerana guru-guru tidak mahir mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.
Guru sendiri tidak lancar berkomunikasi dalam bahasa tersebut kerana selama ini mengajar lebih banyak dalam Bahasa Melayu. Kalau guru sendiri tidak biasa dengan istilah teknikal Inggeris dan tidak lancar berbahasa Inggeris, bagaimana mereka boleh berkomunikasi dengan pelajar, dan menjadi ghairah mendidik?
Pendidikan apakah namanya kalau tidak ada komunikasi yang baik antara guru dan murid?
Daripada beberapa penyelidikan ilmiah bebas yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (pada peringkat awal bahasa pengantar Inggeris diperkenalkan), dan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (pada 2008), dapatan yang diperoleh adalah berlaku kemunduran pembelajaran terutama dalam kalangan pelajar Melayu di luar bandar.
Oleh sebab itu hasil daripada pengenalan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik ini adalah ratusan ribu pelajar negara ini, termasuk guru-gurunya menjadi kacau.
Ilmu sains dan matematiknya mundur, kepandaian bahasa Inggeris tidak bertambah, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan terpinggir.
Kenapa mesti pemimpin politik yang berkuasa menjadikan ratusan ribu pelajar sebagai mangsa kegopohan tindakan? Sekarang pelbagai helah dan propaganda pula digunakan bagi menghalalkan dan meneruskan PPSMI.
PPSMI ini telah dikritik dan ditentang oleh pelbagai pihak serta tokoh seperti Prof Di Raja Ungku Aziz, Tan Sri Rahman Arshad (bekas Ketua Pengarah Pendidikan), Dato’ Omar Hashim (bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan ), Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, Prof Emeritus A. Bakar Hamid, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (Pengarah, Institut Peradaban Melayu, UPSI), Prof. Dr Awang Sariyan (Akademik Pengajian Melayu, UM), Dato. Dr Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah, DBP) dan ramai lagi termasuk bekas Menteri Pelajaran Tun Patinggi Rahman Yaakob.
Suara-suara mereka sederap disambut oleh puluhan badan bukan kerajaan (ABIM, PPKIM, PBMUM, GAPENA, PENA, PPM, PLM, Kumpulan Prihatin, Persatuan Sejarah, dll.) yang menyeru supaya PPSMI ini diberhentikan segera supaya tidak berlaku lebih banyak krisis pendidikan dan budaya. Apakah Kementerian Pelajaran dan kerajaan berasa tidak perlu ambil peduli suara-suara cendekiawan Melayu yang apolitikal ini?
Perlu diperingatkan lagi, apabila tiba di tahap sekolah menengah lebih 70 peratus mata pelajaran, yakni yang berasaskan sains dan matematik (seperti Biologi, Kimia, Fizik, Kejuruteraan, Matematik, Matematik Tambahan, dll.) tidak akan diajarkan dalam Bahasa Melayu. Dengan demikian cerdik pandai tidak akan menulis dalam BM; penerbit tidak akan menerbitkan buku pelajaran dalam BM; dan rakyat tidak akan mempedulikan BM kerana nilai pendidikan serta ekonominya tidak ada lagi.
Apabila BM tidak digunakan di dalam sistem pendidikan dengan sepenuhnya maka lama-kelamaan ia akan merosot dan mati sebagai bahasa Ilmu. Sebagai contoh ada kira-kira 70 juta pengguna bahasa Jawa di Indonesia, tetapi bahasa Jawa itu berlegar dalam kalangan masyarakat Jawa, di pasar-pasar atau di sawah-sawah sahaja dan bukan menjadi bahasa ilmu moden kerana tidak digunakan di sekolah dan universiti sebagai bahasa pengantar.
Demikian juga dengan bahasa Sunda, Aceh, Bali dan Madura ada ratusan juta masyarakat penggunanya, tetapi tidak menjadi bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains, teknologi dan rasmi. Apakah ini yang kita suka berlaku kepada Bahasa Melayu di sini; menjadi bahasa pinggiran di sisi bahasa Inggeris?
Inikah yang dikatakan bersemangat kebangsaan dan sayang kepada bangsa? Apakah bangsa-bangsa lain yang maju di dunia menggunakan jalan mudah dan dangkal (membunuh bahasa kebangsaannya dan menggantikannya dengan bahasa Inggeris) kerana hendak menjadi kuat, bersaing, bermaruah dan dihormati?
Tun Mahathir berfikir sangat simplistik jikalau menganggap orang yang tidak bersetuju dengan PPSMI, yakni bahasa Inggeris mengambil alih BM dalam sains dan matematik di sekolah, adalah orang yang tidak sukakan ilmu, dan tidak sukakan ilmu sains dan matematik.
Anggapan ini salah sama sekali. Perbezaannya cuma orang lain lebih bebas berfikir bahawa kekuatan ilmu, kekuatan dan maruah bangsa yang cemerlang dan berakhlak tidak semata-mata bergantung pada sains dan matematik, dan dengan meletakkan tengkuk di bawah hegemoni bahasa Inggeris.
Amerika dan Inggeris yang hebat berbahasa Inggeris dan dianggap memiliki kekuatan nuklear, kapal terbang, kapal selam dan senjata berat bukanlah menjadi contoh bangsa yang beradab serta berperikemanusiaan, malahan menjadi contoh bangsa yang menindas dan bersengkokol dengan Zionis membunuh umat Islam di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Palestin. Jikalau berazam menjadi kuat dan menyaingi mereka, janganlah sampai menjadi peniru tamadun Anglo-Saxon dan Amerika yang berasaskan agama Kristian dan bahasa Inggeris, dengan sifat-sifat angkuh dan menindas. Di sinilah letaknya paradoks dalam sekalian pemikiran yang mengiakan PPSMI.
Tun Mahathir juga berpendapat “jikalau kita mengabaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih mengutamakan bahasa kita, dan dengan itu kita menjadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh mendakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama.”
Berfikir secara hitam putih begini dan menyatakan pejuang bahasa dan agama mengabaikan ilmu semata-mata kerana lebih mengutamakan bahasa, adalah cara berfikir yang propagandistik. Orang lain sudah berfikir lebih maju ke depan dalam soal bahasa dan ilmu.
Ramai orang sudah berfikiran lebih jauh dengan mengiktiraf kebijaksanaan ilmu, idea, teori dan falsafah dalam dunia yang pelbagai bahasa tanpa menolak bahasa-bahasa antarabangsa termasuk Inggeris, tetapi terus membangunkan kekuatan Bahasa Melayu sebagai wadah dan wahana memperkayakan tamadun dan perpaduan bangsa.
Soal memilih salah satu bahasa, Melayu atau Inggeris, tidak timbul. Yang utama adalah persekitaran kebahasaan yang sesuai dan bermanfaat. Inilah cabaran besar ketamadunan iaitu bagaimana memperhebat budaya ilmu dengan menyesuaikan bahasa-bahasa besar dunia dalam sistem pendidikan dengan tidak mengorbankan warisan-warisan besar kebangsaan.
Tentu sekali bukan dengan cara dikuasai oleh bahasa Inggeris sehingga melumpuhkan warisan bahasa kita, dan menjejaskan pendidikan generasi muda, pembangunan kebudayaan dan proses menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai asas untuk keharmonian masyarakat berbilang bahasa dan budaya.
Bahasa bukan sekadar menghantar maklumat dan ilmu, tetapi menyemai nilai-nilai sosial, tasawur keagamaan, dan kebudayaan bangsa yang tersirat halus dalam istilah, kalimat, ungkapan, metafora, peribahasa, teks dan pelbagai jenis wacana; bukan dalam sains dan matematik saja.
Penggunaan bahasa Inggeris yang diamalkan dalam pendidikan sekarang bukan caranya bagi menguasai bahasa Inggeris, dan dalam waktu yang sama memusnahkan masa depan bahasa sendiri.
Apa yang diidamkan ialah situasi yang menawarkan kemenangan untuk kedua-dua bahasa. Jikalau tidak, lanjutan daripadanya adalah tamadun bangsa akan tertakluk kepada kehendak-kehendak proses globalisasi yang jelas dikuasai oleh nilai-nilai Barat, khususnya Amerika, yang bertujuan menyebarkan nilai-nilai liberal menurut idealisme demokrasinya (kebebasan berfikir, berucap, dan beragama tanpa pengawasan kerajaan).
Dan kita bukanlah Amerika. Jadi mengamalkan dominasi bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita seperti sekarang bukanlah amalan yang sayangkan bangsa, tetapi menjerumuskan bangsa kita kepada kehinaan.
Barangkali lebih baik kita sama-sama bermuhasabah diri, mengaku kesilapan-kesilapan kita, dan tidak menolak pandangan orang lain yang berbeza pendekatan walaupun sama-sama berniat baik.
Niat yang baik harus dilaksanakan dengan cara yang sebaiknya supaya keputusan-keputusan yang dibuat tidak merosakkan warisan, jati diri, tetapi akan betul-betul memperkuat kesejahteraan dan tamadun bangsa.
Keputusan yang Tun Mahathir buat tentang penggunaan bahasa Inggeris mulai 2003 dengan mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik, sewaktu memegang kekuasaan sebagai Perdana Menteri, adalah suatu keputusan yang mempunyai rationale yang lemah.
Ia membunuh potensi Bahasa Melayu daripada berkembang menjadi bahasa yang besar; dan ia membatasi pembangunan ilmu yang luas. Ia bukanlah keputusan yang bijaksana bagi perjuangan nasionalisme bangsa kita, sebaliknya akan memudaratkan peluang bagi membina bangsa yang kuat dan dihormati.
Kemajuan dan kesejahteraan hidup (dunia dan akhirat) tidak bergantung pada kecemerlangan teknologi dan ekonomi sahaja kerana ia harus didampingi kekuatan akhlak, etika, kebudayaan dan agama bagi membatasi rasuah, kezaliman, keangkuhan dan larangan-larangan Allah yang lain.
Tuhan telah berjanji, Dia akan memberikan kemenangan kepada umat-Nya yang menurut suruhan-Nya: beriman, beribadat, berakhlak, dan menurut hukum hakam Islam.
Perlu juga diingat bahawa bahasa Melayu itu telah menjadi bahasa dakwah agama, bahasa tazkirah dan tarbiyah, bahasa khutbah di mimbar-mimbar masjid sejak zaman berzaman sehingga Islam berkembang hebat di rantau ini.
Bahasa Melayu ini mesti kekal dimajukan sebagai bahasa ilmu, wahana dakwah yang canggih, sesuai dengan kemajuan fikiran moden supaya dapat menarik hati generasi sekarang dan akan datang. Dengan demikian ia berupaya meneruskan tanggungjawab serta tugas tradisinya memperkuat akidah, mengisi jiwa, fikiran, dan kecendekiaan bangsa sebagai umat yang moden dan berjaya menuju kepada kemenangan.
Perjuangan mempertahan dan memajukan Bahasa Melayu adalah suatu jihad.
Pengkhianatan terhadap Bahasa Melayu boleh dianggap sebagai menghalang usaha pengembangan Islam di rantau ini; satu diskriminasi songsang terhadap bangsa dan agama sendiri.
Alasan atau premis yang berubah-ubah tentang mengapa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik hanya menandakan adanya krisis epistemologi yang kacau dalam kalangan pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi awam yang melaksanakannya.
Justeru itu janganlah terlalu bernafsu meneruskan langkah-langkah yang salah. Mari kita rujuk ke pangkal jalan yang arif.